Kelebihan Solat
Oleh Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim
Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya.
Kebaikan solat terbukti dalam kajian yang telah dijalankan. Dianggarkan ramai kumpulan sasaran yang akan mendapat manfaat daripada klinik solat ini. Jelas terbukti membongkar kebaikan solat dari perspektif sains benar-benar melangkaui kemungkinan.
Rasullullah s.a.w memerintahkan kaum muslimin agar mengikut cara bersolat baginda seperti dalam hadis Rasulullah yang bersabda:"Solatlah kamu sebagaimana kamu lihat aku solat" - Riwayat Bukhari dan Muslim.
Hikmah solat dalam kedudukan berikut:
Berdiri
* Pastikan badan berada dalam satu garis lurus, beban badan di letakkan di kedua-dua kaki.
* Otot atas belakang badan berada dalam keadaan rehat.
* Otot-otot kedua tangan berada dalam keadaan istirehat sepenuhnya.
Rukuk
* Merehatkan sepenuhnya otot bahagian bawah belakang.
* Meregangkan otot paha dan betis.
* Melembutkan otot-otot perut dan buah pinggang.
* Melembutkan ruas tulang belakang untuk mengurangkan kesakitan waktu bersalin.
Sujud
* Melancarkan aliran darah dan aliran limfa.
* Membantu proses pengepaman jantung dan mengelakkan (pengerasan salur darah).
* Menguatkan otot-otot dada.
* Melancarkan aliran darah ke otak.
* Memulihkan kedudukan rahim.
Duduk antara dua sujud
* Melancarakan aliran darah ke kawasan bawah badan.
* Mengurut otot bahagian bawah badan.
* Merawat otot-otot yang tercedera selepas bersalin.
* Merawat buasir.
Duduk tahiyat
* Posisi kaki seumpama rawatan akupunktur mengurut telapak kaki yang mewakili organ-organ dalam badan.
* Merawat buasir.
* Merawat penyakit berkaitan alat kelamin lelaki.
Memusing kepala untuk memberi salam
* Menguatkan otot leher.
* Menghilangkan sengal dan lenguh bahagian leher.
Solat Tarawih dan Puasa Terhadap Kompisisi Badan
* Menguatkan otot dan meningkatkan kadar pembakaran lemak.
* Lemak kurang dalam salur darah รข€“ kekenyalan salur darah meningkat dan rintangan berkurang.
* Puasa tidak akan mengakibatkan nyahhidrasi pada sel tubuh badan.
* Sebaliknya, kandungan air di dalam sel badan semakin meningkat.
* Pergerakan Solat Tarawih lebih selama 140 minit dalam satu sesi adalah konsisten dengan tahap senaman sederhana untuk melebihi 150 minit seminggu dan puasa pula merupakan diet yang baik.
* Aktiviti ini dapat meningkatkan kadar pembakaran lemak sekaligus merendahkan lemak dan nilai glukosa.
Solat Ketika Bermusafir
- Bermusafir adalah suatu yang berbentuk azab. Disebabkan
musafir, manusia kehilangan perasaan-perasaan tenang dan kerehatan. Oleh
itu, Allah subhanahu wata‘ala telah memberikan kepada mereka dua bentuk
keringanan dalam sembahyang seperti berikut:
1. Memendekkan bilangan
raka‘at yang dinamakan qasar.
2. Menghimpunkan dua
sembahyang tunai antara satu sama lain dalam satu waktu dinamakan jama‘.
- Perjalanan yang membolehkan sembahyang jama‘
dan qasar disyaratkan :
1. Jarak jauh perjalanan
hendaklah sampai dua marhalah iaitu lebih kurang 81 km atau lebih.
2. Perjalanan hendaklah
menuju ke arah tertentu dan diketahui bahawa tempat yang dimaksudkan itu jauh.
3. Perjalanan itu bukan
dengan tujuan maksiat. Bermusafir dengan tujuan berniaga arak, mengambil riba
atau menyamun adalah maksiat maka tidak diberi kelonggaran.
SEMBAHYANG QASAR
- Ia adalah sembahyang fardhu dengan memendekkan
setiap sembahyang empat raka‘at iaitu Zuhur, ‘Asar dan ‘Isya’ menjadi dua
raka‘at dalam perjalanan yang diharuskan.
- Syarat-syarat sah sembahyang qasar seperti
berikut :
1.
Sembahyang itu telah masuk waktu ketika bermusafir dan hendaklah ditunaikan
ketika musafir.
2.
Orang yang bermusafir hendaklah telah sampai ke sempadan bandar atau pekan yang
hendak ditinggalkan atau melepasi bangunan-bangunan di pekan tersebut.
3.
Orang bermusafir tidak berniat untuk tinggal di tempat tujunya selama empat
hari atau lebih, tidak termasuk hari sampai dan pulang.
4.
Orang yang musafir tidak menjadi ma’mum kepada orang yang bermukim, maka
sembahyang wajib ditunaikan dengan bilangan raka‘at yang sempurna.
SEMBAHYANG JAMA'
- Sembahyang jama‘ bermaksud menghimpunkan dua
sembahyang tunai antara satu sama lain dalam satu waktu.
- Sembahyang jama‘ terbahagi kepada dua
bahagian:
1. Jama‘ taqdim iaitu
menunaikan sembahyang kedua dalam waktu yang pertama. Syarat-syarat jama‘
taqdim adalah seperti berikut :
a) Ditunaikan secara tertib
antara keduanya, iaitu dengan menunaikan sembahyang yang pertama terlebih
dahulu kemudian diikuti dengan sembahyang yang kedua.
b) Hendaklah berniat jama‘
untuk menunaikan sembahyang kedua ke dalam waktu yang pertama sebelum selesai
sembahyang yang pertama ketika takbiratul ihram.
c) Ditunaikan secara
berturut-turut (muwalat) iaitu sembahyang yang kedua ditunaikan segera sebaik
sahaja selesai daripada salam sembahyang pertama tanpa dipisahkan oleh sesuatu
pun sama ada zikir, sembahyang sunat atau lain-lain.
d) Perjalanan berterusan
sehingga dilakukan sembahyang yang kedua.
e) Sembahyang yang pertama
hendaklah diyakini bahawa didirikan dengan sah walaupun sembahyang itu mesti
ditunaikan semula kerana mungkin ketiadaan air untuk berwudhu’.
2. Jama‘ ta’khir iaitu
melewatkan sembahyang pertama ke dalam waktu kedua. Sembahyang secara jama‘
ta’khir tidak disyaratkan tertib antara kedua sembahyang bahkan boleh
memulakannya dengan mana-mana sembahyang yang dikehendaki. Juga tidak
disyaratkan muwalat (berturut-turut) tetapi ia disunatkan. Syarat-syaratnya
ialah :
a) Berniat hendak
melewatkan sembahyang pertama ketika dalam waktunya dalam jarak masa yang boleh
ditunaikan sembahyang tersebut.
b) Orang yang bermusafir
itu hendaklah terus berada dalam keadaan musafir sehingga kedua-dua sembahyang
selesai didirikan.
Solat Jumaat
- Sembahyang Juma‘at telah difardhukan di Makkah
sejurus sebelum Nabi berhijrah ke Madinah. Rasulullah sallallahu ‘alayhi
wasallam juga menegaskan dengan sabdanya: “Sembahyang Juma‘at adalah
tanggungjawab yang wajib ke atas setiap orang Islam.”
Syarat Wajib
Juma‘at
1. Mukallaf,
iaitu seorang yang beragama Islam, baligh dan berakal.
2.
Kemerdekaan yang sempurna. Hamba tidak diwajibkan Juma`at.
3. Lelaki, ia
tidak diwajibkan ke atas wanita kerana mereka sibuk dengan anak-anak dan urusan
rumahtangga, seterusnya menimbulkan kesulitan kepada mereka.
4. Sihat
tubuh badan, tidak sakit yang memudaratkan.
5. Bermukim
di tempat Juma`at didirikan.
Syarat Sah Juma‘at
1. Sembahyang
itu hendaklah didirikan dalam sempadan kawasan bangunan dan binaan sama ada di
pekan atau di kampung yang penduduknya bertaraf mastautin.
2. Bilangan ahli
Juma‘at yang cukup syarat tidak kurang daripada empat puluh orang yang cukup
syarat.
3. Bilangan ahli
Juma‘at berkekalan dari awal khutbah hingga tamatnya sembahyang.
4. Didirikan
dalam waktu Zuhur. Jika waktu Zuhur telah sempit, tidak cukup untuk didirikan
sembahyang Juma‘at, maka mereka wajib mendirikan sembahyang Zuhur.
5. Tidak
berbilang-bilang Juma‘at pada satu tempat selama ia boleh dibuat dalam satu
jama‘ah kecuali penduduk terlalu ramai sedangkan tempat adalah sempit.
Fardhu Juma‘at
Ia terdiri daripada dua fardhu, iaitu khutbah dan sembahyang dua raka‘at. Sembahyang Juma‘at hendaklah didirikan dengan dua raka‘at secara berjama‘ah selepas khutbah. Untuk mendapatkan jama‘ah dalam sembahyang Juma‘at, hanya disyaratkan mendapatkan satu raka‘at yang penuh. Sekiranya ia diperolehi, maka sembahyang Juma‘at adalah sah dan jika tidak, ia wajib ditukar kepada Zuhur.
Rukun Khutbah
1. Memuji
Allah subhanahu wata‘ala dengan menggunakan mana-mana lafaz sekalipun terdapat
di dalam isi kandungan ayat yang dibaca.
2. Bersalawat
ke atas Nabi sallallahu ‘alayhi wasallam dengan mana-mana perkataan yang
memberi maknanya.
3. Berpesan
supaya bertaqwa kepada Allah dengan menggunakan apa jua lafaz.
4. Membaca
satu ayat daripada Al-Qur’an yang dapat memberi kefahaman dan mempunyai makna
yang jelas pada salah satu daripada dua khutbah.
5. Berdoa
untuk orang-orang yang beriman pada khutbah yang kedua.
Syarat Khutbah
1. Khatib
berdiri ketika berkhutbah sekiranya ia berkuasa untuk berbuat demikian.
Kedua-dua khutbah tersebut hendaklah dipisahkan dengan duduk.
2. Tidak
dikemudiankan daripada sembahyang.
3. Khatib
berada dalam keadaan suci daripada hadath kecil dan besar, serta najis yang
tidak dimaafkan sama ada pada pakaian, badan atau tempatnya dan berada dalam
keadaan menutup ‘aurat.
4.
Rukun-rukun khutbah dibaca dalam bahasa Arab biarpun tidak difahami oleh para
jama‘ah.
5.
Berturut-turut di antara rukun-rukun khutbah dan juga antara khutbah pertama
dengan khutbah kedua serta antara khutbah kedua dengan sembahyang.
6. Rukun
kedua-dua khutbah tersebut hendaklah didengari oleh empat puluh orang yang
mencukupi syarat-syarat sah sembahyang Juma‘at.
Sembahyang Berjemaah
- Sembahyang berjama‘ah bermaksud menggabungkan
sembahyang ma’mum dengan sembahyang imam. Jama‘ah terhasil dengan bilangan
dua orang atau lebih.
- Hukumnya adalah fardhu kifayah kecuali
sembahyang Juma‘at. Oleh itu, ia mesti dilakukan oleh sekumpulan penduduk
dalam sesebuah tempat atau kawasan.
- Namun demikian, terdapat beberapa keuzuran
yang dibenarkan syara‘ untuk tidak menghadirkan diri ke masjid bagi
mendirikan sembahyang berjama‘ah seperti berikut:
1.
Keuzuran umum seperti hujan, angin yang kuat pada waktu malam, jalan terlalu
becak dan berlumpur.
2. Keuzuran
khusus seperti sakit, keadaan yang terlalu lapar dan dahaga, takut kepada orang
yang akan melakukan kezaliman ke atas diri dan hartanya, ketika menahan diri
daripada berlaku hadath (kecil) disebabkan kencing dan buang air besar. Begitu
juga seseorang yang makan makanan yang berbau busuk, atau berpakaian dengan
pakaian yang kotor dan berbau yang boleh mengganggu orang lain.
Syarat Imam
1.
Imam bukanlah seorang ummi yang tidak betul bacaan al-fatihah, cacat dari segi
sebutan, ketiadaan syaddah dan sebagainya, sedangkan ma’mum lebih baik
daripadanya.
2. Imam bukan
dari kalangan wanita jika ma’mumnya lelaki.
3. Imam yang
hendak diikuti itu bukanlah sebagai pengikut kepada imam lain.
Cara mengikut
Imam
1.
Ma’mum hendaklah tidak berada di hadapan imam. Makruh sekiranya ma’mum berdiri
selari dengan imam, tetapi yang sunatnya ialah di belakang sedikit dari imam.
Ukuran yang diambilkira sama ada berada di hadapan atau di belakang ialah tumit
kaki.
2. Ma’mum
hendaklah mengikut imam dengan tidak mendahului takbiratul ihram imam. Hukumnya
makruh jika dilakukan serentak dengan imam pada selain takbiratul ihram.
3. Ma’mum
hendaklah mengikuti perbuatan imam dalam semua perpindahan dari satu rukun
kepada satu rukun yang berbentuk perbuatan (rukun fi‘liyy) dengan keadaan
perbuatan ma’mum hendaklah terkemudian daripada imam, melainkan jika ada
keuzuran seperti bacaannya lambat, maka dia boleh tertinggal daripada mengikut
imam dengan tiga rukun yang panjang.
4. Ma’mum
hendaklah mengetahui perpindahan imam dari satu rukun ke satu rukun sama ada
dengan melihatnya atau melihat sesetengah daripada saf atau mendengar suara
imam atau muballigh (penyampai takbir imam).
5. Jarak
tempat antara ma’mum dan imam itu hendaklah tidak terlalu jauh jika
kedua-duanya sembahyang di luar masjid. Jika sembahyang didirikan dalam masjid,
maka ikutan ma’mum itu sah walau sejauh mana sekalipun jarak antara
kedua-duanya.
6. Ma’mum hendaklah berniat berjama‘ah atau mengikut imam ketika
takbiratul ihramJenis-Jenis Solat
- Solat terbahagi secara umumnya kepada dua jenis sahaja iaitu:
~ solat sunat.
- Solat Juma‘at juga merupakan salah satu solat fardhu tetapi ia disyari‘atkan bagi menggantikan solat Zuhur kepada golongan tertentu.
- Solat fardhu juga kadangkala dilakukan semasa
bermusafir dan cara-caranya lebih berbentuk fleksibel. Sementara solat sunat nafilah mempunyai
banyak jenis dan bentuknya.
PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT
- Sembahyang akan terbatal apabila seseorang
yang bersembahyang melakukan salah satu daripada perkara-perkara berikut:
1. Percakapan yang disengajakan selain Al-Qur’an, zikir dan doa. Percakapan
yang membatalkan itu sekurang-kurangnya terdiri daripada dua huruf atau lebih
sekalipun tidak difahami maknanya. Begitu juga jika hanya satu huruf tetapi
difahami maknanya.
2. Melakukan perbuatan atau pergerakan luaran yang banyak (lebih tiga kali)
dan berurutan.
3. Gugur salah satu daripada syarat-syarat sembahyang. Antaranya:
a) Berlaku hadath sama ada kecil atau besar sebelum salam pertama secara
sengaja atau tidak kecuali hadath yang berterusan seperti seorang yang
berpenyakit buasir serius.
b) Terkena najis yang tidak dimaafkan sama ada pada badan, pakaian atau
tempat sembahyang tanpa sempat dibuang atau dielakkan serta merta sebelum
berlalu tempoh tama’ninah yang paling minima.
c) Aurat terbuka secara sengaja walaupun ditutup serta merta atau tidak
sengaja tetapi sempat menutupnya serta merta.
d) Dada terpesong daripada qiblat dalam keadaan sedar.
e) Orang yang bersembahyang menjadi gila, pengsan atau mabuk semasa
melakukannya.
4. Berlaku kepincangan pada salah satu rukun sembahyang seperti dalam
keadaan berikut:
a) Mengubah niat dengan berazam untuk keluar daripada sembahyang atau
menggantungkan tamat sembahyang dengan sesuatu perkara.
b) Syak pada niat, takbiratul ihram atau pada jenis sembahyang yang
diniatkan.
c) Merasa ragu-ragu atau syak sama ada telah memutuskan sembahyang atau
tidak.
d) Sesuatu rukun diputuskan dengan sengaja seperti melakukan i‘tidal
sebelum sempurna ruku‘ secara tama’ninah.
e) Menambah mana-mana rukun dengan sengaja seperti menambah ruku‘ atau
sujud.
f) Memanjangkan rukun yang pendek dengan sengaja.
5. Makan dan minum semasa sembahyang dengan banyak melebihi uruf.
6. Ketawa, berdehem, menangis, mengerang kesakitan yang dilakukan dengan
sengaja hingga mengeluarkan bunyi yang jelas sekadar dua huruf sekalipun tidak
difahami.
7. Murtad walaupun dalam bentuk gambaran kasar bukannya secara hukmi.
PERKARA MAKRUH KETIKA SOLAT
·
Makruh mengikut jumhur
ulama’ bermaksud tanzihiyyah, iaitu sesuatu yang patut dielakkan. Jika
seseorang melakukan sembahyang secara makruh, maka sebaiknya dia hendaklah
melakukannya semula sekiranya waktu masih ada. Secara umumnya, ukuran dalam menentukan
sesuatu perkara makruh ialah setiap perbuatan dan perkara yang bertentangan
dengan As-Sunnah.
·
Antara perkara-perkara makruh dalam sembahyang ialah seperti berikut:
1. Meninggalkan sesuatu perkara sunat dalam sembahyang dengan sengaja.
2. Melakukan bacaan yang menyonsang dari susunan yang ada dalam
Al-Qur’an.
3. Membaca
dalam raka‘at kedua bacaan surah yang lebih panjang daripada yang dibaca dalam
raka‘at pertama.
4. Mengulangi pembacaan surah yang sama dalam satu raka‘at yang sama
atau dalam dua raka‘at.
5. Melakukan sesuatu yang tidak bermakna dengan tangannya tanpa ada
sebab yang perlu.
6. Memejamkan kedua-dua mata semasa sembahyang tanpa keperluan.
7. Berpaling dengan dada masih menghadap qiblat ketika sembahyang tanpa
sebarang sebab.
8. Berdiri sebelah kaki atau mengangkat sebelah kaki lalu disandarkan
kepada kaki satu lagi.
9. Bersembahyang dalam keadaan menahan keinginan untuk membuang air
kecil, air besar atau menahan daripada terkentut.
10. Mengerjakan sembahyang dalam keadaan bersandar ke dinding atau
sebagainya.
11. Membaca surah atau ayat dalam dua raka‘at akhir sembahyang fardhu
kecuali ma’mum yang masbuq yang ketinggalan raka‘at pertama dan kedua.
12. Membaca nyaring di tempat yang sepatutnya perlahan atau sebaliknya.
13. Menghamparkan kedua belah lengan semasa sujud seperti yang dilakukan
oleh singa.
14. Mengerjakan sembahyang dengan menggunakan pakaian harian atau
pakaian untuk bekerja sekiranya mempunyai pakaian yang lain.
15. Sembahyang tanpa berbaju sedangkan dia mampu memakainya.
16. Bersembahyang dengan pakaian yang terlukis dengan gambar binatang
ataupun manusia.
17. Mengerjakan sembahyang di tempat-tempat seperti bilik mandi, pasar,
tempat lalu lalang, kubur, gereja, tempat buangan sampah, tempat penyembelihan
dan kandang binatang.
Sumber dari Jabatan Mufti Negeri Melaka
Subscribe to:
Posts (Atom)