- Sembahyang akan terbatal apabila seseorang
yang bersembahyang melakukan salah satu daripada perkara-perkara berikut:
1. Percakapan yang disengajakan selain Al-Qur’an, zikir dan doa. Percakapan
yang membatalkan itu sekurang-kurangnya terdiri daripada dua huruf atau lebih
sekalipun tidak difahami maknanya. Begitu juga jika hanya satu huruf tetapi
difahami maknanya.
2. Melakukan perbuatan atau pergerakan luaran yang banyak (lebih tiga kali)
dan berurutan.
3. Gugur salah satu daripada syarat-syarat sembahyang. Antaranya:
a) Berlaku hadath sama ada kecil atau besar sebelum salam pertama secara
sengaja atau tidak kecuali hadath yang berterusan seperti seorang yang
berpenyakit buasir serius.
b) Terkena najis yang tidak dimaafkan sama ada pada badan, pakaian atau
tempat sembahyang tanpa sempat dibuang atau dielakkan serta merta sebelum
berlalu tempoh tama’ninah yang paling minima.
c) Aurat terbuka secara sengaja walaupun ditutup serta merta atau tidak
sengaja tetapi sempat menutupnya serta merta.
d) Dada terpesong daripada qiblat dalam keadaan sedar.
e) Orang yang bersembahyang menjadi gila, pengsan atau mabuk semasa
melakukannya.
4. Berlaku kepincangan pada salah satu rukun sembahyang seperti dalam
keadaan berikut:
a) Mengubah niat dengan berazam untuk keluar daripada sembahyang atau
menggantungkan tamat sembahyang dengan sesuatu perkara.
b) Syak pada niat, takbiratul ihram atau pada jenis sembahyang yang
diniatkan.
c) Merasa ragu-ragu atau syak sama ada telah memutuskan sembahyang atau
tidak.
d) Sesuatu rukun diputuskan dengan sengaja seperti melakukan i‘tidal
sebelum sempurna ruku‘ secara tama’ninah.
e) Menambah mana-mana rukun dengan sengaja seperti menambah ruku‘ atau
sujud.
f) Memanjangkan rukun yang pendek dengan sengaja.
5. Makan dan minum semasa sembahyang dengan banyak melebihi uruf.
6. Ketawa, berdehem, menangis, mengerang kesakitan yang dilakukan dengan
sengaja hingga mengeluarkan bunyi yang jelas sekadar dua huruf sekalipun tidak
difahami.
7. Murtad walaupun dalam bentuk gambaran kasar bukannya secara hukmi.
No comments:
Post a Comment