PERKARA-PERKARA SUNAT DALAM SOLAT


Menurut Dr Wahbah Zuhaily (Fiqh Al-Islami, 679), bahawa sunat-sunat Solat ini jika sengaja ditinggalkan pun tidak membatalkan solat. Sunat Solat menurut Mazhab Syafie terbahagi kepada 2 iaitu:
*    Ab'ad (أبعاض)  
*    Hai'aat (هيئات)


1. SUNAT AB’AD – Perkara sunat yang sangat dituntut dan diberi pahala jika melakukannya.  Jika tertinggal, tidak membatalkan solat, tetapi SUNAT diganti dgn SUJUD SAHWI pada akhir sembahyang (sebelum memberi salam). Ia terdiri daripada:

a) Membaca tasyahud awal
b) Duduk membaca tasyahud awal
c) Selawat ke atas nabi selepas membaca tasyahud awal
d) ke atas nabi selepas membaca tasyahud akhir
e) membaca Qunut.
f) Berdiri ketika membaca Qunut.
g) Selawat ke atas nabi selepas membaca Qunut.
h) Selawat  ke atas keluarga nabi selepas membaca Qunut.


2. SUNAT HAIAT - Perkara sunat yang sangat dituntut dan diberi pahala jika melakukannya.  Jika tertinggal, tidak membatalkan solat dan tidak perlu untuk melakukan sujud sahwi. Ia terdiri daripada;

1. Mengangkat dua tangan ketika takbiratul ihram, mula hendak ruku‘ dan bangkit daripadanya, dan ketika bangun daripada tasyahhud awal.
2. Meletakkan tangan kanan ke atas belakang tangan kiri di bawah dada, di atas pusat sambil mengarahkan sedikit ke arah hati.
3. Melihat ke tempat sujud sambil menundukkan kepala sedikit.
4. Membaca tawajjuh atau doa iftitah secara senyap.
5. Membaca al-isti‘azah secara perlahan selepas tawajjuh dan sebelum Al-Fatihah.
6. Selain daripada itu, ma’mum hendaklah menyaringkan bacaan pada tempat-tempat yang menghendaki sedemikian iaitu semasa sembahyang Subuh, dua raka‘at pertama sembahyang Maghrib dan ‘Isya’, Juma‘at, dua hari raya, gerhana bulan, istisqa’, tarawih, witir ramadhan, dua raka‘at selepas tawaf pada malam hari dan waktu Subuh. Pada selain waktu-waktu tersebut hendaklah memperlahankan suara.
7. Membaca   selepas Al-Fatihah sama ada oleh imam, ma’mum atau bersendirian.
8. Membaca surah atau paling kurang tiga ayat selepas bacaan Al-Fatihah. Disunatkan kepada imam atau persendirian dan ma’mum yang tidak mendengar bacaan imam kecuali pada raka‘at ketiga dan keempat kepada selain masbuq dengan dua raka‘at pertama.
9. Bertakbir ketika melakukan perpindahan dari satu rukun ke rukun yang lain.
10. Membaca  semasa mengangkat kepala daripada ruku‘.
11. Membaca tasbih ketika ruku` dan sujud sebanyak tiga kali.
12. Meletakkan kedua-dua tangan pada kedua-dua paha ketika duduk tasyahhud.
13. Duduk secara iftirash dalam semua tempat dikehendaki duduk kepada selain mereka yang masbuq dan yang lupa.
14. Membaca salawat Ibrahimiyyah selepas tasyahhud akhir.
15. Berdoa dan ta‘awwuz iaitu meminta perlindungan kepada Allah selepas tasyahhud akhir.
16. Memberikan salam kedua selepas salam fardhu yang pertama.
17. Khusyu‘, iaitu menghadirkan hati semasa mengerjakan sembahyang dan memberi perhatian kepada setiap patah perkataan yang diucapkan.



No comments: