·
Makruh mengikut jumhur
ulama’ bermaksud tanzihiyyah, iaitu sesuatu yang patut dielakkan. Jika
seseorang melakukan sembahyang secara makruh, maka sebaiknya dia hendaklah
melakukannya semula sekiranya waktu masih ada. Secara umumnya, ukuran dalam menentukan
sesuatu perkara makruh ialah setiap perbuatan dan perkara yang bertentangan
dengan As-Sunnah.
·
Antara perkara-perkara makruh dalam sembahyang ialah seperti berikut:
1. Meninggalkan sesuatu perkara sunat dalam sembahyang dengan sengaja.
2. Melakukan bacaan yang menyonsang dari susunan yang ada dalam
Al-Qur’an.
3. Membaca
dalam raka‘at kedua bacaan surah yang lebih panjang daripada yang dibaca dalam
raka‘at pertama.
4. Mengulangi pembacaan surah yang sama dalam satu raka‘at yang sama
atau dalam dua raka‘at.
5. Melakukan sesuatu yang tidak bermakna dengan tangannya tanpa ada
sebab yang perlu.
6. Memejamkan kedua-dua mata semasa sembahyang tanpa keperluan.
7. Berpaling dengan dada masih menghadap qiblat ketika sembahyang tanpa
sebarang sebab.
8. Berdiri sebelah kaki atau mengangkat sebelah kaki lalu disandarkan
kepada kaki satu lagi.
9. Bersembahyang dalam keadaan menahan keinginan untuk membuang air
kecil, air besar atau menahan daripada terkentut.
10. Mengerjakan sembahyang dalam keadaan bersandar ke dinding atau
sebagainya.
11. Membaca surah atau ayat dalam dua raka‘at akhir sembahyang fardhu
kecuali ma’mum yang masbuq yang ketinggalan raka‘at pertama dan kedua.
12. Membaca nyaring di tempat yang sepatutnya perlahan atau sebaliknya.
13. Menghamparkan kedua belah lengan semasa sujud seperti yang dilakukan
oleh singa.
14. Mengerjakan sembahyang dengan menggunakan pakaian harian atau
pakaian untuk bekerja sekiranya mempunyai pakaian yang lain.
15. Sembahyang tanpa berbaju sedangkan dia mampu memakainya.
16. Bersembahyang dengan pakaian yang terlukis dengan gambar binatang
ataupun manusia.
17. Mengerjakan sembahyang di tempat-tempat seperti bilik mandi, pasar,
tempat lalu lalang, kubur, gereja, tempat buangan sampah, tempat penyembelihan
dan kandang binatang.
Sumber dari Jabatan Mufti Negeri Melaka
No comments:
Post a Comment