PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT


  • Sembahyang akan terbatal apabila seseorang yang bersembahyang melakukan salah satu daripada perkara-perkara berikut:
1. Percakapan yang disengajakan selain Al-Qur’an, zikir dan doa. Percakapan yang membatalkan itu sekurang-kurangnya terdiri daripada dua huruf atau lebih sekalipun tidak difahami maknanya. Begitu juga jika hanya satu huruf tetapi difahami maknanya.
2. Melakukan perbuatan atau pergerakan luaran yang banyak (lebih tiga kali) dan berurutan.
3. Gugur salah satu daripada syarat-syarat sembahyang. Antaranya:
a) Berlaku hadath sama ada kecil atau besar sebelum salam pertama secara sengaja atau tidak kecuali hadath yang berterusan seperti seorang yang berpenyakit buasir serius.
b) Terkena najis yang tidak dimaafkan sama ada pada badan, pakaian atau tempat sembahyang tanpa sempat dibuang atau dielakkan serta merta sebelum berlalu tempoh tama’ninah yang paling minima.
c) Aurat terbuka secara sengaja walaupun ditutup serta merta atau tidak sengaja tetapi sempat menutupnya serta merta.
d) Dada terpesong daripada qiblat dalam keadaan sedar.
e) Orang yang bersembahyang menjadi gila, pengsan atau mabuk semasa melakukannya.
4. Berlaku kepincangan pada salah satu rukun sembahyang seperti dalam keadaan berikut:
a) Mengubah niat dengan berazam untuk keluar daripada sembahyang atau menggantungkan tamat sembahyang dengan sesuatu perkara.
b) Syak pada niat, takbiratul ihram atau pada jenis sembahyang yang diniatkan.
c) Merasa ragu-ragu atau syak sama ada telah memutuskan sembahyang atau tidak.
d) Sesuatu rukun diputuskan dengan sengaja seperti melakukan i‘tidal sebelum sempurna ruku‘ secara tama’ninah.
e) Menambah mana-mana rukun dengan sengaja seperti menambah ruku‘ atau sujud.
f) Memanjangkan rukun yang pendek dengan sengaja.
5. Makan dan minum semasa sembahyang dengan banyak melebihi uruf.
6. Ketawa, berdehem, menangis, mengerang kesakitan yang dilakukan dengan sengaja hingga mengeluarkan bunyi yang jelas sekadar dua huruf sekalipun tidak difahami.
7. Murtad walaupun dalam bentuk gambaran kasar bukannya secara hukmi.

PERKARA MAKRUH KETIKA SOLAT

·         Makruh mengikut jumhur ulama’ bermaksud tanzihiyyah, iaitu sesuatu yang patut dielakkan. Jika seseorang melakukan sembahyang secara makruh, maka sebaiknya dia hendaklah melakukannya semula sekiranya waktu masih ada. Secara umumnya, ukuran dalam menentukan sesuatu perkara makruh ialah setiap perbuatan dan perkara yang bertentangan dengan As-Sunnah.

·         Antara perkara-perkara makruh dalam sembahyang ialah seperti berikut:

1. Meninggalkan sesuatu perkara sunat dalam sembahyang dengan sengaja.
2. Melakukan bacaan yang menyonsang dari susunan yang ada dalam Al-Qur’an.
3. Membaca dalam raka‘at kedua bacaan surah yang lebih panjang daripada yang dibaca dalam raka‘at pertama.
4. Mengulangi pembacaan surah yang sama dalam satu raka‘at yang sama atau dalam dua raka‘at.
5. Melakukan sesuatu yang tidak bermakna dengan tangannya tanpa ada sebab yang perlu.
6. Memejamkan kedua-dua mata semasa sembahyang tanpa keperluan.
7. Berpaling dengan dada masih menghadap qiblat ketika sembahyang tanpa sebarang sebab.
8. Berdiri sebelah kaki atau mengangkat sebelah kaki lalu disandarkan kepada kaki satu lagi.
9. Bersembahyang dalam keadaan menahan keinginan untuk membuang air kecil, air besar atau menahan daripada terkentut.
10. Mengerjakan sembahyang dalam keadaan bersandar ke dinding atau sebagainya.
11. Membaca surah atau ayat dalam dua raka‘at akhir sembahyang fardhu kecuali ma’mum yang masbuq yang ketinggalan raka‘at pertama dan kedua.
12. Membaca nyaring di tempat yang sepatutnya perlahan atau sebaliknya.
13. Menghamparkan kedua belah lengan semasa sujud seperti yang dilakukan oleh singa.
14. Mengerjakan sembahyang dengan menggunakan pakaian harian atau pakaian untuk bekerja sekiranya mempunyai pakaian yang lain.
15. Sembahyang tanpa berbaju sedangkan dia mampu memakainya.
16. Bersembahyang dengan pakaian yang terlukis dengan gambar binatang ataupun manusia.
17. Mengerjakan sembahyang di tempat-tempat seperti bilik mandi, pasar, tempat lalu lalang, kubur, gereja, tempat buangan sampah, tempat penyembelihan dan kandang binatang.

Sumber dari Jabatan Mufti Negeri Melaka

BACAAN-BACAAN DALAM SOLAT

Niat solat fardhu 5 waktu












        
     

   
 Berdiri betul & takbiratulihram         






























Doa Iftitah






























Al-Fatihah














 Rukuk















Iktidal















Sujud















Duduk antara dua sujud















Tahiyat awal












Doa Qunut






















Duduk tahiyat akhir

































Selawat ke atas nabi Muhammad











Memberi salam & tertib













Doa untuk ibu bapa

IKLAN SOLAT


Badan sihat tetapi malas solat






Walaupun sedang membeli-belah di pasaraya solat tetap diutamakan.






Solat itu wajib ditunaikan





PERKARA-PERKARA SUNAT DALAM SOLAT


Menurut Dr Wahbah Zuhaily (Fiqh Al-Islami, 679), bahawa sunat-sunat Solat ini jika sengaja ditinggalkan pun tidak membatalkan solat. Sunat Solat menurut Mazhab Syafie terbahagi kepada 2 iaitu:
*    Ab'ad (أبعاض)  
*    Hai'aat (هيئات)


1. SUNAT AB’AD – Perkara sunat yang sangat dituntut dan diberi pahala jika melakukannya.  Jika tertinggal, tidak membatalkan solat, tetapi SUNAT diganti dgn SUJUD SAHWI pada akhir sembahyang (sebelum memberi salam). Ia terdiri daripada:

a) Membaca tasyahud awal
b) Duduk membaca tasyahud awal
c) Selawat ke atas nabi selepas membaca tasyahud awal
d) ke atas nabi selepas membaca tasyahud akhir
e) membaca Qunut.
f) Berdiri ketika membaca Qunut.
g) Selawat ke atas nabi selepas membaca Qunut.
h) Selawat  ke atas keluarga nabi selepas membaca Qunut.


2. SUNAT HAIAT - Perkara sunat yang sangat dituntut dan diberi pahala jika melakukannya.  Jika tertinggal, tidak membatalkan solat dan tidak perlu untuk melakukan sujud sahwi. Ia terdiri daripada;

1. Mengangkat dua tangan ketika takbiratul ihram, mula hendak ruku‘ dan bangkit daripadanya, dan ketika bangun daripada tasyahhud awal.
2. Meletakkan tangan kanan ke atas belakang tangan kiri di bawah dada, di atas pusat sambil mengarahkan sedikit ke arah hati.
3. Melihat ke tempat sujud sambil menundukkan kepala sedikit.
4. Membaca tawajjuh atau doa iftitah secara senyap.
5. Membaca al-isti‘azah secara perlahan selepas tawajjuh dan sebelum Al-Fatihah.
6. Selain daripada itu, ma’mum hendaklah menyaringkan bacaan pada tempat-tempat yang menghendaki sedemikian iaitu semasa sembahyang Subuh, dua raka‘at pertama sembahyang Maghrib dan ‘Isya’, Juma‘at, dua hari raya, gerhana bulan, istisqa’, tarawih, witir ramadhan, dua raka‘at selepas tawaf pada malam hari dan waktu Subuh. Pada selain waktu-waktu tersebut hendaklah memperlahankan suara.
7. Membaca   selepas Al-Fatihah sama ada oleh imam, ma’mum atau bersendirian.
8. Membaca surah atau paling kurang tiga ayat selepas bacaan Al-Fatihah. Disunatkan kepada imam atau persendirian dan ma’mum yang tidak mendengar bacaan imam kecuali pada raka‘at ketiga dan keempat kepada selain masbuq dengan dua raka‘at pertama.
9. Bertakbir ketika melakukan perpindahan dari satu rukun ke rukun yang lain.
10. Membaca  semasa mengangkat kepala daripada ruku‘.
11. Membaca tasbih ketika ruku` dan sujud sebanyak tiga kali.
12. Meletakkan kedua-dua tangan pada kedua-dua paha ketika duduk tasyahhud.
13. Duduk secara iftirash dalam semua tempat dikehendaki duduk kepada selain mereka yang masbuq dan yang lupa.
14. Membaca salawat Ibrahimiyyah selepas tasyahhud akhir.
15. Berdoa dan ta‘awwuz iaitu meminta perlindungan kepada Allah selepas tasyahhud akhir.
16. Memberikan salam kedua selepas salam fardhu yang pertama.
17. Khusyu‘, iaitu menghadirkan hati semasa mengerjakan sembahyang dan memberi perhatian kepada setiap patah perkataan yang diucapkan.



Rukun - rukun Sembahyang

Nak tau tak rukun sembahyang tu ape ? Rukun sembahyang tu maksudnya perkara-perkara yang mesti dilakukan dalam solat. Kalau tak buat semua perkara-perkara ni, tak sah sembahyang kita tau !



Rukun sembahyang ada 13 semuanya : 

1.     Berdiri betul - Kalau kita tak mampu...kita boleh sembahyang dalam keadaan duduk, tapi kalau tak larat nak duduk baring pun takpe. 

2.    Niat  - Lafazkan masa angkat takbiratul ihram. Jangan lupe tu.

3.    Takbiratul Ihram - Ucapkan Allahuakhbar (Allah Maha Besar)
4.    Al Fatihah - Mulakan dengan bismillah, habiskan dengan Waladhaallinn...
5.    Rukuk + Thomakninah - 90 darjah ye bongkok, jangan bongkok malas malas. 
6.    Iktidal + Thomakninah - berdiri dengan betul selepas rukuk
7.    Sujud 2 X dengan Thomakninah - Membongkok dengan dari paras lantai.
8.    Duduk antara dua sujud dengan Thomakninah - Duduk kejap lepas sujud yang pertama, yang baca robbirfirghli tuuu...
9.    Duduk Tahiyat Akhir - Haaa, tahaiyat akhir ni kene buat ni ! 
10. Membaca Tahiyat Akhir - Jangan lupa baca bacaan tahaiyat akhir okay...
11.  Membaca Selawat - kita bacakan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Bila nih? Waktu Tahiyat laaa.
12. Bagi Salam - Memalingkan muka ke arah kanan dan kiri sambil beri salam. Sejahteralah ke atas kamu.
13. Tertib - ikut aturan dan turutan , perkara lain selain dalam rukun ini dinamakan sunat.


Peta Minda Rukun Solat









Syarat- syarat Solat



Syarat –syarat dalam solat terbahagi kepada 2 iaitu :
a)   Syarat wajib (syarat taklif)
b)  Syarat sah (tunai)



Syarat wajib solat

Syarat wajib ialah sesuatu bergantung kepadanya ketentuan wajib atau tidaknya solat ke atas seseorang.

1. Islam – tidak wajib ke atas orang   
   kafir.
2. Baligh – tidak wajib ke atas kanak-  
    kanak.
3. Berakal – tidak wajib ke atas orang gila, bodoh atau terencat   akal.
4. Boleh mendengar dan melihat –tidak wajib ke atas orang yang    bisu dan pekak.
5. Suci daripada haid dan nifas


Syarat sah solat
Syarat yang menentukan kesahihan sesuatu sembahyang.
1. Yakin masuk waktu solat.
2. Suci badan, pakaian dan tempat daripada najis.
3. Suci daripada hadas besar dan hadas kecil.
4. Menutup aurat.
5. Menghadap kiblat.